Connect
with us



2 pax   20 minit

Bahan-Bahan

¼ cawan Minyak masak
2 ekor Ikan Selar, dibersihkan
2 sudu kecil Serbuk kunyit
½ sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
A:
1 sudu kecil Minyak(dari gorengan ikan)
1 ulas Bawang merah, dihiris
1 ulas Bawang putih, dihiris
2 inci Halia, dihiris
1 tangkai Cili padi, potong dua
50 ml air
B:
1 biji Tomato, potong berbaji (wedges)
4 tangkai Daun bawang, dipotong panjang
½ sudu besar MAGGI® CukupRasa™
1 sudu besar Jus asam jawa
½ sudu kecil Gula

Cara Memasak

1. Di dalam mangkuk, perapkan ikan dengan serbuk kunyit dan MAGGI® CukupRasa™.

2. Panaskan minyak, gorengkan ikan sehingga garing.

3. Guna 1 sudu kecil minyak yang sama, tumiskan bahan A sehingga layu.

4. Masukkan bahan B, reneh selama 5 minit.

5. Tuangkan ke atas ikan.

Tips Nutrisi : Pengunaan herba semulajadi seperti halia dan asam jawa boleh menambah rasa masakan.

Info Nutrisi

Energy 95 Kcal

Protein 10g

Fat 3g

Carbs 7g

Shop Maggi® now