Connect
with us



1 pax   20 minit

Bahan-Bahan

2 sudu besar minyak jagung

A
50 g bawang merah, dihiris
20 g bawang putih, dicincang
100 g udang, dikupas & bersihkan
1 biji telur, dipukul

B
1 pek MAGGI® Kari , direbus tanpa rencah
1 packet perencah MAGGI® Kari
1 sudu kecil kicap manis
2 sudu besar air

C
30 g sayur sawi, dihiris
30 g kobis, dihiris
30 g lobak merah, disagat
30 g tauhu, dipotong dadu dan digoreng

Hiasan
2 biji limau kasturi, dipotong dua
3 sudu besar daun bawang, dihiris
20 g cili merah, dibuang biji dan dihiris

Cara Memasak

1. Panaskan minyak, masukkan bahan A. Gaulkan rata sehingga wangi.

2. Masukkan udang, tumiskan sehingga masak.

3. Masukkan bahan B, gaulkan sehingga sebati.

4. Masukkan bahan C, gaul sehingga masak.

5. Hidangkan panas bersama bahan hiasan.

Info Nutrisi

Energy 513 Kcal

Protein 21g

Fat 20g

Carbs 63g

Shop Maggi® now