Connect
with us



 

Bahan-Bahan

Untuk sediakan sarang:
250g sayur hijau (green dragon vege), dicuci dan dipotong 3"
1 pkt cendawan enoki mushroom, ditrim
100g taugeh
100g lobak merah, dihiris
2 ulas bawang putih, dicincang
1 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar minyak
Untuk sediakan inti (bahagian atas):
2 tiub tauhu telur, dipotong 6
150g labu, dipotong kiub 1cm
3 cendawan tiram berbatang besar, dipotong kiub 1cm
150g dada ayam atau kepingan ayam, 1 cm
150g udang sederhana, dikopek dan dibersihkan
1/2 sudu kecil MAGGI® CukupRasa™
2 sudu besar minyak
200ml air
1 sudu besar Sos Tiram MAGGI®
1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 3 sudu besar air sebagai pemekat

Cara Memasak

1.Goreng tofu dengan minyak penuh sehingga kuning keemasan. Letak di tepi.

2.Untuk sediakan sarang, goreng bawang putih hingga naik bau, tambah lobak merah dan goreng selama 3 minit. Kemudian, tambah sayur yang tinggal. Taburkan MAGGI® CukupRasa™ dan goreng dengan api kuat sehingga masak sedikit.

3.Masukkan semuanya ke dalam pinggan besar dan buat lubang di tengah yang nampak seperti sarang.

4.Kemudian, sediakan inti (bahagian atas)- panaskan minyak, tambahkan sos tiram dan biarkan ia memekat dan keperang-perangan. Tambahkan ayam dan goreng sehingga separuh masak.

5.Tambahkan labu dan cendawan dan goreng selama 3 minit lagi. Masukkan air dan biar ia mereneh sehingga labu menjadi empuk.

6.Tambah udang dan kuatkan api sehingga ia digoreng sempurna. Taburkan MAGGI® CukupRasa™ sebelum masukkan tofu. Akhir sekali masukkan air campuran tepung jagung.

7.Bila dah sedia, tuangkan ke dalam bahagian sarang di tengah pinggan besar tadi dan hidangan panas-panas.

Shop Maggi® now