Connect
with us



4 pax   30 Minit

Bagus Diketahui

Stu ini berasal dari selatan Louisiana pada abad ke-18, Gumbo akan sentiasa dihidangkan dengan nasi dalam mangkuk dan salad kentang.

Bahan-Bahan

30g mentega
30g tepung
1 lobak merah
1 bawang
1 saderi
1 daun bay
4 Sudu besar Sos Tomato MAGGI®
2 cili padi (pilihan)
2 Sudu kecil serbuk cili
2 Kiub Kiub Ayam MAGGI®
250ml air
200g sotong
200g udang

Cara Memasak

1. Tepung dan mentega dikacau bersama sehingga ia menjadi warna coklat yang pekat. Ini adalah roux (campuran tepung dan lemak dimasak bersama-sama dan digunakan sebagai bahan pemekat).

2. Masukkan daun bawang, lobak merah, saderi dan daun bay. Seterusnya, tambah sedikit air dan kacau campuran selama 5-10 minit sehingga sayur-sayuran menjadi lembut.

3. Masukkan kiub stok, sos tomato, cili padi dan serbuk cili.

4. Tambahkan air lagi. Sebaik sahaja ia mula menggelegak, masukkan udang dan sotong dan biarkan ia masak selama 10 minit lagi.

5. Hidangkan dengan nasi kukus.

Info Nutrisi

Energy 187 Kalori

Protein 17g

Fat 7g

Carbs 14g

Shop Maggi® now