Daging perap klasik korea dipanggang enak.
500 g | daging, dihiris |
Bahan Perapan: | |
1 biji | buah pear besar, dikisar |
5 ulas | bawang putih, dikisar |
3 sudu besar | halia, dikisar |
2 biji | bawang besar, dikisar |
100 g | cendawan shiitake, dipotong kiub |
¼ cawan (4 sudu besar) | Sos Tiram MAGGI® |
2 sudu kecil | lada hitam |
½ cawan | air shiitake (air rendaman cendawan shiitake) |
2 sudu besar | minyak jagung |
1. Di dalam mangkuk, gaulkan daging bersama bahan-bahan yang telah dikisar iaitu pear, bawang putih, halia dan bawang . Kemudian masukkan cendawan shiitake, Sos Tiram MAGGI®, lada hitam dan air shiitake.
2. Biarkan daging tersebut diperap semalaman atau selama 20-30 minit untuk mendapat rasa daging yang enak, berjus dan lembut.
3. Setelah daging sedia untuk dimasak, panaskan sedikit minyak di dalam kuali besar dan goreng serta balik-balikkan daging sehingga perang dan masak serta kuahnya mengering.
4. Sajikan Bulgogi bersama nasi kukus dan salad.