Connect
with us



6 pax   45 minit

Bahan-Bahan

450 gram kambing, dihiris
1 sudu besar minyak zaitun
A:
3 tangkai daun rosemary
4 sudu besar Sos Tiram MAGGI
2 ulas bawang putih, dicincang
4 sudu kecil paprika
2 sudu kecil lada hitam
B:
200 gram ubi kentang
100 gram lobak, dihiris
100 gram oren, dihiris
100 gram nenas, dihiris
C: (Sos Pudina)
1 genggam (60 gram) daun pudina, dipotong halus
¼ cawan minyak zaitun
2 sudu besar cuka epal
½ biji jus lemon
1 sudu besar gula
2 sudu kecil MAGGI CukupRasa

Cara Memasak

1. Masukkan daun rosemary, Sos Tiram MAGGI, bawang putih, paprika dan lada hitam di dalam mangkuk. Gaul sekata.

2. Tuangkan campuran sos ke atas kambing dan perap kemudian gaul sekata. Biarkan selama 30 minit atau perap semalaman untuk lebih rasa.

3. Panaskan kuali atau pemanggang, panggang sehingga secukupnya.

4. Campurkan ubi kentang, lobak, oren dan nenas dan campuran sos perapan kambing. Kemudian panggang kesemuanya.

5. Campur dan gaulkan bahan-bahan C di dalam mangkuk, kacau sehingga sebati.

Info Nutrisi

Energy 276 Kcal

Protein 22g

Fat 11g

Carbs 23g

Shop Maggi® now